Saturday, February 11, 2012

Ucapan Anugerah Tun Seri Lanang 2009

Bismillahirrahmanirrahim,
Salam sejahtera Pemangku Menteri Lui Tuck Yew, Assalamualaikum Encik Hawazi Daipi, Encik Masagos Zulkifli, rakan-rakan serta hadirin dan hadirat yang saya hormati:
Kalau nak jadi anak jantan, jadilah anak jantan yang ‘gentleman’. Jika perlu, ikut teladan Mail Mau Kawin yang berpandangan jauh biarpun serba kekurangan. Jangan jadi pemimpin
cengeng seperti Muhammad Hamzah. Jadilah peribadi waja seperti Syarifah Faizah. Terima kasih Tun Muhammad Ariff Ahmad.

Kalau nak berjuang dalam Dunia Di Sebalik Dunia, bermimpi panjanglah seperti Penyair yang melayangkan impian dan harapan di balik Awan Putih biarpun terpaksa menghidu Bunga Pahit. Ini nasi yang kusuap adalah bekal perjuangan selagi hayat dikandung badan.
Terima kasih almarhum Tun Masuri S. N.

Kalau nak bersuara dan mempertahankan hak, berakrablah dengan Tiga Lelaki. Jika perlu, menyendirilah seperti Pak Suleh yang sedar bahawa tanpa sebarang pembelaan, Penghulu pun akan hilang segala-galanya dan Subuh akan hilang Senjanya. Terima kasih Tun Suratman Markasan.

Memang hidup Sekadar Pengisi Ruang, namun usah dilupakan pesanan Empat atau sebuah tanda titik pun ketika mengungkapkan lukisan hidup yang cermat dan santun. Terima kasih Tun Aliman Hassan.

Usah Berburu Di Padang Datar. Carilah Fragmen kelembutan serta keindahan alam dan seni pada Delima Merah yang tumbuh di Desa Ini Hatiku. Namun, renungilah pengajaran daripada amuk Wak Cantuk. Terima kasih Tun Abdul Ghani Hamid.

Kalau hendak membela hak, usah berkelakuan seperti Mondok tetapi harus berani dan gagah seperti Pemuda yang berjuang Dalam Keasingan. Selamilah Danau Sukma untuk menembusi Batas Langit sebelum Rerama Patah Sayapnya. Terima kasih Tun Mohamed Latiff Mohamed.

Betapa pun Nyanyian Rindunya, Si Anak Geylang Serai, penulis perlu berideologi dan cekal seperti Imam ketika mengharungi Arus Teater kehidupan. Dakapilah cinta Mona yang tulus dan hangat. Terima kasih Tun Djamal Tukimin.

Tidak lupa Tun Harun Aminurrashid, Tun Noor S I, Tun Mahmud Ahmad, Tun Hamzah Hussein dan Tun Haron Abdulmajid. Perjalanan kalian telah berlalu dalam bingkisan Anumerta, namun semangat kalian masih membara di dadaku.

Kepada barisan Tun Sri Lanang sekalian, terima kasih atas jejak dan arah. Saya telah Memeluk Gerhana serta menyusur Rawa kehidupan sebelum mendaki Menara perjuangan. Di hadapan Kiswah saya telah berTawassul dan berMunajat Sukma hanya kepada Allah.  Saya akan menyambung langkah yang kalian mulakan, berbekalkan Sketsa Minda, firasat serta wawasan anak bangsa. Atas Nama Cinta, saya telah menimba Sumur Usia yang hampir menjangkau setengah abad ini, sebelum memulakan pelayaran untuk menjelajahi Satu Bumi, menyambung perjuangan kalian yang murni, demi meningkatkan martabat bangsa dalam dambaan Mardhatillah.

Terima kasih ayah dan almarhumah ibu. Terima kasih Sukma, Dhuha dan Iman. Kasih sayang kalian adalah sumsum dan penawar perjuanganku. Terima kasih Majlis Bahasa Melayu Singapura atas junjungan budi ini. Alhamdulillah, Tuhan Sekalian Alam.

Sastera Dunia

MEMBAWA SASTERA MELAYU DI PERSADA DUNIA
Mohd Raman Daud

SUDAH lebih sedekad sering diundang untuk menjadi tetamu bagi acara anak-anak sekolah, barulah pada Jumaat lalu saya diminta melancarkan dua novel Atas Nama Cinta dan Memeluk Gerhana.

Kededuanya merupakan dua buah novel terbaru Isa Kamari, penerima Anugerah SEA Write Award kerajaan Thailand. Cukup menarik sehingga saya mengesyorkan agar kededuanya ditimbangkan sebagai buku teks sastera bagi pembelajaran bahasa Melayu di sekolah.

Jarang sekali kita disuguhkan dengan karya yang memaparkan sejarah dan pergolakan hidup di Singapura yang berbilang kaum.

Atas Nama Cinta sempena kisah Maria Hertogh atau Nadra yang mencatat sejarah rusuhan kaum berdarah pada 1950 - setahun sesudah ditubuhkan Pertubuhan Antara Agama (IRO).

Badan ini gagasan Maulana Abdul Aleem Siddique, pengasas Jamiyah Singaura. Beliau seolah-olah disingkapkan tabir hari muka mengenai kekacauan agama yang bakal terjadi di Singapura. Namun ia tidak dapat dielakkan.

Novel Memeluk Gerhana pula semacam novel belia yang sarat memaparkan zaman peralihan hidup kampung (Kampung Tekad dan Tawakal) ke kota; kisah anak muda Singapura dengan pelbagai cita dan jerangkap faham radikal yang membawanya terperuk sebagai tahanan.

Kededua kisah itu wajar menjadi renungan kita dalam mengharungi kehidupan di kota raya yang kian dikenali dan dicontohi dunia.

Kegigihan Isa meng ungkapkan realiti dalam imaginasi mengingatkan saya almarhum Harun Mohd Amin atau Pak Har yang telah menghasilkan sejumlah novel berdasarkan sejarah seperti Panglima Awang, Wak Cantuk dan Wan Derus dalam dekad 1950-an dan awal 1960-an. Namun sesudah 40 tahun, barulah tradisi Pak Har disambung kembali oleh Isa, seorang jurubina bertauliah.

Karya-karya Pak Har dikatakan yang pertama antara sasterawan kita yang diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa utama dunia menerusi ikhtiar Unesco (Pertubuhan Pendidikan, Budaya dan Saintifik Bangsa-Bangsa Bersatu). Oleh itu, Pak Har dicatatkan sebagai sasterawan besar dunia walaupun tidak sampai menerima Anugerah Nobel bagi Sastera.

Satu-satunya calon Anugerah Nobel bagi Sastera yang terakhir daripada rumpun Melayu ialah almarhum Pramoedya Ananta Toer. Sayang, pencalonannya tidak kesampaian kerana dikatakan menghadapi rintangan politik.

Bolehkah sasterawan kita seperti Saudara Isa mencapai cita cemerlang sehebat Pak Har atau sampai nyaris ke mercu seperti Pramoedya?

Ini tentulah satu soalan berat.

Namun, dalam diri sasterawan kita harus ada cita cemerlang yang amat kuat demi menyuguhkan karya terbaik bukan saja untuk masyarakatnya, tetapi seluruh kemanusiaan.

Saya sedang membaca karya penulis Turkey, Orhan Pamuk, yang juga penerima Anugerah Nobel bagi Sastera. Novelnya, Salju (Snow) amat padat dengan kisah diaspora bagi semenanjung Anatolia yang didiami bangsa Turkey dan minoriti seperti Armenia dan Kurdi.

Kehebatan Pamuk menganyam ceritanya (walaupun saya baca terjemahan Inggerisnya) memperkaya minda dan imaginasi pembaca sehingga terasa bersalah untuk menghentikan pembacaan sebelum ceritanya usai.

Lama sebelum Pamuk, Turkey sudah melahirkan sasterawan besar yang karyanya terus dibaca dan diulang cetak di Barat. Bahkan dilaporkan bahawa puisinya dijadikan semacam zikir meditasi seperti dalam sesi pakar motivasi, Dr Deepak Chopra, atau ditukil oleh penyanyi Michael Jackson. Beliau ialah Jalaluddin Rumi yang syairnya terasa amat mudah, polos tetapi memukau dengan rahsia di sebalik rahsia perjalanan sufi.

Banyak lagi contoh sasterawan dunia yang dapat kita rasai baik menerusi pembacaan atau sekadar melungsur Internet. Di sebalik kehidupan Singapura yang serba pesat dan rancak ini, kita bersyukur bahawa bahasa dan sastera kita masih bertahan.

Setidak-tidaknya dasar dwibahasa telah membela bahasa ibunda kita dan tentulah juga saya yang mencari rezeki di satu-satunya akhbar Melayu di sini. Jadi, inilah antara sumbangan kepada jati diri kita dalam lautan rumpun Melayu.

Kalau pun kita belum mempunyai pencakar langit di tengah kota atau hanya sebuah syarikat anak Melayu di bursa saham, saya mengharapkan kegigihan penulis seperti Isa Kamari akan mendorong ke arah satu mercu, iaitu, pada suatu masa kelak, kita akan melahirkan karya besar yang diakui dunia.

Kita perlu tabah untuk mendorong usaha penerjemahan karya terbaik kita ke dalam bahasa dunia, sekalipun Unesco buat masa ini belum menaruh minat. Novel Saudara Isa, Satu Bumi, sudah diterjemahkan ke bahasa Cina dan bakal dalam bahasa Inggeris.

Kita perlu membuat promosi jagat bahawa sastera Melayu di Singapura terus menatarkan mutu tinggi yang dapat dibanggakan oleh seluruh jagat. Ini merupakan cita cemerlang kita bersama. Sastera sebagai pengucapan rohani dalam tulisan yang berseni akan terus hidup selagi kita sanggup menarik minat pembaca. Untuk itu, kita tidak perlu berasa keluh kesah dan khuatir bahawa sastera tidak akan laku.

Memang benar sastera dunia kita sering diwarnai oleh bahasa Inggeris. Namun Pamuk dan ramai lagi sasterawan sudah membuktikan bahawa dalam tulisan bahasa ibunda, mereka masih boleh cemerlang dan menarik perhatian jagat.

Tentulah badan seperti Angkatan Sasterawan '50 perlu meuar-uarkan kehebatan para anggotanya yang kreatif. Audiens kita tidak lagi orang Melayu saja, tetapi seluruh jagat. Penterjemahan membolehkan hal ini berlaku. Dengan Internet, seluruh dunia dapat dijangkau walaupun sekadar bersifat maya.

Penulis juga boleh hidup macam selebriti atau glamor. Namun keunggulan penulis berbeza daripada selebriti. Cita cemerlang sasterawan sering bersandarkan kemanusiaan yang luhur dan bukan mencari keuntungan atau nama semata.

Keluhuran yang menjadi pengabdian Rumi dan Rabrindranath Tagore (penerima Anugerah Nobel bagi Sastera dari India dan pertama di Asia) dan para sasterawan besar yang lain. Kita mencari nilai luhur tadi dalam setiap kata, setiap bait dan setiap imageri dalam pengaryaan yang menyumbang kepada peradaban bangsa.

Teksdealisme

MUHD RAFI BIN ABU BAKAR  & MUHD RAZALI BIN JANTAN
Novel Isa Kamari: Satu Analisis Teksdealisme

Pendahuluan


      Dalam membincangkan dan menghuraikan pencapaian indivualisme Isa Kamari, teori kritikan sastera yang telah kami gunakan ialah teori sastera teksdealisme. Empat buah novel Isa Kamari, iaitu Satu Bumi (1998/2002), Kiswah (2002), Tawassul (2002) dan Menara (2002) merupakan novel-novel yang telah dipilih untuk dijadikan bahan kajian dan rujukan. Walaupun soalan ini memerlukan kami untuk menghuraikan pencapaian individualisme Isa Kamari, adalah dirasakan perlu bagi kami untuk membincangkan serba sedikit tentang teori teksdealisme dan tiga prinsip lain yang terangkum dalam teori teksdealisme ini, iaitu kehadiran, pelanggaran dan pengukuhan, selain individualisme itu sendiri. Ini adalah kerana ketiga-tiga koda yang awal itu menuju puncaknya kepada individualisme (Mana Sikana, 2002: 290).

 

Teori Sastera Teksdealisme


      Falsafah teori teksdealisme menganjurkan agar setiap pengarang mempunyai hasrat untuk meletakkan teksnya untuk mencapai tahap keunggulan. Dalam usahanya menghasilkan sebuah teks yang unggul, seseorang pengarang itu harus memiliki sifat-sifat keberanian dan kebijaksanaan. Keberanian membawa erti usaha berani pengarang dalam mengemukakan kepada khalayak satu idea dan pemikiran baru. Ia juga merujuk kepada kesediaan pengarang dalam melakukan inovasi dan pembaharuan dalam karya sasteranya. Kebijaksanaan pula merupakan sifat yang mendorong pengarang melakukan pekerjaan teks itu dengan penuh kesedaran dan bergerak dalam landasan keilmuan. Maka itu, pengarang seharusnya sudah memperlengkapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan melalui pembacaan dan pengkajian dalam pelbagai bidang. Teks-teks yang yang dihasilkan tidak akan berjaya untuk sampai ke taraf yang unggul jika sifat-sifat keberanian dan kebijaksanaan tidak dimiliki seseorang pengarang. Sebaliknya, teks-teks yang dihasilkan itu hanya akan bergerak dalam lingkungan tradisinya dan dianggap sebagai teks-teks yang biasa sahaja.
     
      Teori sastera teksdealisme menyediakan 4 prinsip sebagai garis panduan untuk mencapai tahap keunggulan. Keempat-empat prinsip tersebut ialah kehadiran, pelanggaran, pengukuhan dan individualisme. Individualisme pula dapat dikesan melalui empat kriteria iaitu daripada sudut stail individu, rekacipta individu, kedirian individu dan tindakan individu.

Kehadiran

      Seorang penulis perlu ada idea dan pengalaman untuk menghasilkan sesuatu karya yang baik dan membentuk jatidiri sebagai seorang penulis. Di dalam hal ini, sumber idea dan sumber pengalaman itu amat penting sekali. Sumber idea tersebut boleh berpunca dalam pelbagai bentuk manakala sumber pengalaman pula boleh disebabkan pengalaman penulis itu sendiri mahupun daripada peristiwa ataupun kejadian yang berlaku sehari-hari. Ini dapat ditimba melalui pembacaan, pengamatan dan juga penceritaan yang berdasarkan pergolakan politik, kegenjotan ekonomi, pergerakan sosial, perkembangan agama dan pembentukan dan pelestarian budaya. Pembaca atau khalayak pula sudah pasti akan tertanya-tanya lantas akan cuba mencari apakah sinonimnya peristiwa yang ditintakan itu. Adakah ianya satu realiti ataupun telah diadun dengan rempah ratus imaginasi kreatif penulis. Di sinilah pembaca akan cuba mencari makna sesebuah teks. “ …pemaknaan sesebuah teks itu berlaku suatu proses apa yang diistilahkan sebagai kehadiran…” ( Mana Sikana, 2003 )

      Kehadiran pelbagai unsur di dalam sesebuah teks inilah yang membentuk sesebuah teks. Kehadiran juga dapat dianalisis mengikut tiga bahagian yang merangkumi:

1.Apakah fakta-fakta yang hadir dan di mana sumber kehadirannya ?
2. Bagaimana fakta itu hadir di dalam teks ?
3.Apakah fungsi dan kesan kehadirannya ?

      Setelah mengkaji kempat-empat novel Isa Kamari iaitu Satu Bumi ( SB ), Kiswah ( KW ),  Menara ( MN ) dan Tawassul ( TS ) dapatlah kita ketahui bahawa setiap satu kehadirannya dicorakkan dengan cara tersendiri. Satu Bumi berdasarkan fakta isu sosio-politik yang bergolak di dalam masyarakat majmuk yang di Singapura. Sesiapa sahaja yang pernah merasai kehidupan kampung di Singapura pasti tidak melupakan “ Kedai Mama” milik India Muslim atau “ Kedai Cina” milik orang Cina yang pasti terdapat disetiap kampung. Sumber kehadirannya pula dapat dilihat melalui rentetan gejolak sejarah sosio-politik Singapura pada akhir tahun 50’an dan awal 60’an. Di sinilah bagaimana bermula dan berakhirnya satu percantuman dua buah negara yang diikuti dengan satu perpisahan, bagaimana satu bangsa majoriti yang secara tiba-tiba menjadi minoriti dan sebaliknya. Kegelisahan masyarakat yang mungkin terasa akan kehilangan akan sesuatu pada ketika itu. Lebih-lebih lagu tentang masa depan yang belum lagi nampak bentuknya.
      Kehadiran Satu Bumi ini dikuatkan lagi dengan munculnya watak-watak sejarah yang multi-etnik di dalam novel ini seperti 
Pak Durhakim yang terpaksa menerima realiti kehidupan yang berubah-ubah baik dari segi emosi mahupun pun fizikal. Aminah seorang anak angkat berketurunan Cina yang sememangnya ketandusan kasih sayang dipaksa mengharungi kehidupan biarpun tanpa kerelaan hatinya. Begitu juga dengan watak-watak dalam novel yang lain yang tidak kurang peranan sejarahnya seperti Rukiah, Malik, Yassir, Tauke Tan, Jati dan Hashim di mana namanya sahaja mencerminkan keakraban yang telah sebati dikalangan orang-orang Melayu sehingga melenyapkan nama Cinanya iaitu Ah Sin.

      Melihat kepada fungsi dan kesan novel Satu Bumi ini, dapatlah dirangkumkan sebagai novel yang merakamkan sejarah Singapura, novel yang menyelam pergolakan kemanusiaan yang harus tinggal di dalam suasana kaum yang majmuk dan penakatan yang amat mendesak pada ketika itu, dan apa yang paling menarik adalah novel ini mendapat reaksi yang positif daripada pembaca. Prof.Madya Shaharudin Maaruf (1999) menyifatkan karya ini sebagai “Satu usaha untuk melentur prasangka atau stereotaip yang agak meluas di dalam sastera.” Dan penerbit pertama novel Pustaka Melayu  ( 1998 ) ini menyifatkannya sebagai  “…kisah yang membedah persoalan hak dan kuasa serta menggali erti kemanusiaan sejati…”
      Kiswah
pula memaparkan kehadiran fakta yang berbeza. Isu seksualiti dan apa yang paling penting bukan perihal perlakuan seksnya tetapi pertalian seksualiti dengan kesedaran agama. Novel ini memerlukan pembaca bersikap terbuka lagi rasional. Perlu juga diingatkan bahawa novel ini bukan sebuah novel picisan. Sumber yang didapati penulis di dalam hal ini sudah pasti berlegar akan kisah-kisah perhubungan suami isteri yang bersangkutan tentang pergaulan sehari-hari, mungkin juga pengalaman yang dialami, dibaca ataupun didengari penulis. Ini pernah dinyatakan oleh penulis penulis sendiri sewaktu sessi “Bedah Kiswah” anjuran Pustaka Nasional pada tanggal 2 September 2002 di Wisma Indah; di mana penulis menyatakan bahawa melalui pembacaannya akan kes-kes deraan yang berlaku di dalam perhubungan suami isteri di dada-dada akhbar, dia tergerak memaparkan kisah deraan ini kepada masyarakat melalui novel ini.
      Novel Kiswah ini dihadirkan melalui watak-watak seperti Nazreen yang bermata hijau. Menjadi pujaan pelajar-pelajar di kampus. Sesiapa sahaja yang terpandang akan Nazreen pasti terpukau dengan kejelitaannya. Nazreen digandingkan dengan watak Iryadi yang merupakan seorang pemimpin pelajar Melayu yang arif tentang agama dan juga watak Nazirah yang merupakan seorang tukang urut yang telah mencorak hidup Iryadi sepenuhnya. Novel ini juga menyingkap kisah-kisah yang dibawa pulang jemaah-jemaah Haji yang pulang dari Makkah yang dikatakan pernah terjadi ke atas wanita-wanita yang dibawa lari dan dijadikan hamba seks. Melihat kepada fungsi dan kesan novel ini, jelas kepada kita setelah meneliti novel ini apa yang jelas adalah keinsafan yang cuba disajikan kepada manusia terutama sekali di dalam hubungan suami-isteri Muslim, tatasusila masyarakat yang menjadi budaya dan menyedarkan manusia akan kebenaran agama.
  
      Di dalam novel Menara, fakta yang jelas sekali adalah mengenai igauan kehidupan manusia di dalam menempuh alaf baru. Di dalam menyambut ketibaan alaf baru tahun 2000, manusia dengan rela melakukan pelbagai kegiatan untuk menyambut ketibaannya. Begitu juga dengan menara di dalam novel ini. Sumber yang jelas sekali dilihat adalah pengalaman penulis sendiri yang merupakan seorang arkitek Melayu di Singapura. Ini dapat dilihat melalui struktur menara yang dicipta di dalam bangunan itu sendiri.
      Menara
hadir melalui watak-watak Adi seorang arkitek yang berjaya mereka menara yang menjadi mercu tanda, Ana seorang anak yang menjadi mangsa percaturan hidup. Ibu Ana seorang wanita yang terlalu menumpukan kepada kerjayanya sehingga mengabaikan kebajikan serta keselamatan anaknya. Ilham yang bertugas sebagai penjaga bangunan yang menemani Adi mendaki menara dan juga Hijaz yang terkejut bila mendapat tahu dari Adi bahawa dia juga berperanan di dalam mendirikan Menara. Melihat kepada fungsi dan kesan novel Menara ini, melihat bagaimana alam igauan manusia yang beraras-aras diteroka dan juga dapat mengesan serta mengkritik akan pencapaian manusia alaf baru dan menjejaki erti kemnusiaan yang dangkal, rekah & tidak berakar.
      Novel Isa Kamari yang terakhir adalah Tawassul. Melihat pada sudut fakta, isu kemanusiaan dan kepercayaan beragama merupakan perkara yang jelas. Setelah meneliti novel ini jelas memperlihatkan sumber kehadirannya yang berkisah pada sejarah awal Islam dan juga pergolakan politik dan kepimpinan di Asia Tengah dan Timur Tengah. Novel ini dihadirkan dengan mengetengahkan pergolakan sejarah dan perkembangan kaum Imorot yang dijejaki melalui buku Pribumi Alam. Bagaimana seorang wanita cuba menjejaki sejarah silam datuknya yang tinggal hanya di dalam sebuah buku. Fungsi dan kesannya pula dapat dilihat melalui usaha manusia di dalam mengimbas dan menelusuri sejarah, kesan perang terhadap tamadun manusia, usaha manusia yang mahu menandingi ciptaan tuhan dengan kaedah pengklonan dan akhirnya membuat manusia menyedari akan kebesaran tuhan.

 Pelanggaran

      “Pelanggaran adalah konsep yang membawa konsep revolusi di dalam sastera. Penciptaan yang membawa unsur-unsur revolusi di dalam sastera”
( Mana Sikana, 2003 ).Pelanggaran memerlukan nilai pertimbangan di antara proses perubahan dengan sifat-sifat pengekalan. 

      Pelanggaran dapat didefinisikan sebagai “Proses penciptaan dinamik untuk mencapai pembaharuan dalam berkarya, kaedah untuk mencapai keunggulan.”
( Mana Sikana, 2003 )
      Kaedah yang dapat digunakan di dalam menganalisis prinsip pelanggaran ini merangkumi tiga perkara.

1.Apakah aspek pengekalan/ perubahan yang dilakukan pengarang?
2.Bagaimana prinsip pelanggaran itu dilakukan pengarang?
3.Apakah fungsi dan kesan terhadap pelanggaran?

     
Merujuk kepada novel Satu Bumi, ternyata Isa Kamari berusaha gigih di dalam mengekalkan sejarah yang berligar pada
rakaman situasi sejarah yang melibatkan hubungan kaum yang senantiasa berkocak pada ketika itu, bagaimana terjadinya rusuhan kaum yang merubah senario dan hubungan masyarakat multi-etnik Singapura, pergolakan politik Singapura dalam tahun-tahun 50an hinggalah kepada tahun-tahun 60an. Rakaman sejarah bagaimana seorang ahli politik Melayu yang gigih lagi disegani membentuk sebuah negara baru. Kesemuanya ini telah digambarkan di dalam novel ini melalui kehidupan sehari-harian. Di dalam menganalisis bagaimana pelanggaran ini dilakukan, penulis telah membentangkan fakta-fakta sejarah yang tabu mengenai rusuhan kaum, percaturan politik perihal hak dan kuasa sesuatu bangsa itu serta kehidupan yang multi-etnik di kampung-kampung Singapura.
      Melihat pada kesan dan fungsi pelanggaran ini pula, novel Satu Bumi ini dapat membangkitkan kesedaran akan pembentukan sejarah dan politik Singapura dan juga novel ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Mandarin. Pengekalan juga dapat dilihat di dalam novel Kiswah. Mungkin ramai yang beranggapan bahawa novel ini adalah sesuatu yang baru di Singapura. Sesuatu yang “panas” lebih-lebih lagi apabila perlakuan seks itu dilukis dengan gambaran kata-kata. Namun kami berpendapat bahawa novel jika berdasarkan perihal seksualiti ini Isa Kamari sebenarnya bukanlah sesuatu yang menggegarkan. Pendapat ini adalah berdasarkan pembacaan serta perbandingan novel Hikayat Faridah Hanum yang diterbitkan pada tahun 20an. Perlu diingatkan akan pengarangnya Syed Sheikh Al-Hadi memang terkenal di dalam bidang Syariah Islam dan merupakan seorang tokoh agama. Sudah pasti penerimaan masyarakat pada zaman itu yang lebih konservatif dan tertutup lebih menggegarkan daripada Kiswah. Novel Syarifah karangan Hj.Muhd.Arif Ahmad ( 1998 ) jika dibandingkan dengan Kiswah lebih dramatik dan eksplisit gambarannya. Ini juga dapat dikaitkan dengan karya-karya A Samad Said biarpun makna tersirat namun gambarannya lebih nyata.  

      Pengekalan yang dimaksudkan di sini adalah usaha penulis yang bukan baru ternyata sudah ada pengarang-pengarang lain pada masa sebelum ini sudah pun menyentuh perihal seksualiti. Apa yang menjadikan novel Kiswah ini menyerlah adalah penulis memusatkan pembaca pada akidah Islam yang menyentuh akan seksualiti dan pertaliannya dengan kesedaran agama. Inilah keunikan Kiswah

      Pengekalan ini selanjutnya diperlihatkan melalui perlakuan yang halal dan haram dalam kehidupan bersuami isteri. Perlunya ada rasa saling memahami di dalam kehiduapan sehari-hari. Penulis juga memaparkan akan ketakwaan dan keimanan yang sering dipermain-mainkan manusia hanya untuk kepentingan diri sendiri biarpun tindakan yang dilakukan atau diambil boleh memudaratkan orang lain.Dari aspek pelanggaran, fungsi dan kesan pengekalan ini dapat dilihat melalui gambaran kesedaran beragama, kisah cinta suami isteri yang harus diasaskan pada rasa hormat menghormati.

      Di dalam novel Menara, Isa Kamari didapati telah melakukan satu pelanggaran di dalam penulisan novel di Singapura. Ini adalah berdasarkan teknik penulisan yang menggunakan puisi di dalam penceritaan. Teknik ini masih baru di kalangan penulis Singapura. Isa Juga telah mempelopori alam igauan yang sering dialami manusia baik secara sedar atau tidak sedar. Perihal pelanggaran ini dilakukan Isa dengan memperkenalkan puisi moden di dalam penulisan novel. Biar merupakan dua genre yang berbeza namun Isa dapat mengadunkan puisi tersebut di dalam novel. Di dalam menampilkan perihal manusia yang berada di dalam igauan. Isa dengan pengalamannya telah mengadunkan igauan Adi yang bertingkat-tingkat yang bermula dari kolong hinggalah ke puncak menara. Melihat pada fungsi dan kesan pelanggaran ini jelas penulis berjaya menyerlahkan kesan estetika yang baik tersurat ataupun tersirat dan menjadikannya menarik dan unik.

      Di dalam novel Tawassul, Isa dilihat sekali lagi melakukan pelanggaran berdasarkan fakta yang terdapat pada sejarah, perihal kepimpinan kaum, pegangan agama dan pertalian kekeluargaan. Di dalam hal ini secara kreatif nama, watak, latar dan isu di dalam novel cuba dicernakan dalam bentuk yang berbeza. Jika William Shakespeare dikatakan melakukan defamiliarisasi akan mitos Yunani dan Rum ke dalam karya-karya agungnya, maka terdapat semacam satu usaha awal untuk mengubah nama-nama asal berlandaskan  poetic license  yang ada pada sejarah awal Islam di Kota Makkah semasa zaman Jahiliyah sebagai satu percubaan awal penulisan novel dalam bentuk baru.
      Fungsi dan kesan pelanggaran ini pasti dapat membuat manusia berfikir akan fungsi sejarah dalam kehidupan manusia serta nilai kehidupan dan keajaiban yang pernah, sedang dan akan dihadapi manusia sejagat. Lebih-lebih lagi dengan bantuan kemajuan di dalam bidang bioteknologi yang membolehkan usaha pengklonan dilakukan secara sewenang-wenangnya.

Pengukuhan

      Pengukuhan membawa maksud usaha pendewasaan pengarang untuk menghasilkan teks yang unggul. Dalam usahanya menghasilkan karya sastera, seseorang
pengarang akan berikhtiar untuk memperbaiki dan menyempurnakan teks yang dihasilkannya itu agar ia menjadi lebih baik dan lebih sempurna daripada teks-teks yang telah dihasilkan sebelumnya. Keempat-empat novel yang dihasilkan oleh Isa Kamari jelas menunjukkan bahawa beliau telah berusaha ke arah memperbaiki dan menyempurnakan teks-teks yang dihasilkannya itu. Edisi kedua novel pertamanya Satu Bumi yang dicetak pada tahun 2002 bertujuan untuk membuat beberapa pertukaran dalam catatan sejarah bagi menguatkan cerita dan menghindari salah tafsiran dan kekeliruan yang terdapat dalam edisi pertama yang telah dicetak dalam tahun 1998.
      Novel keduanya,
Kiswah, yang dihasilkan dalam tahun 2002, jika dibandingkan dengan novel Satu Bumi, mempunyai gaya bahasa yang lebih indah dan puitis, lantas mempunyai nilai estetika yang tinggi. Novel ketiganya Menara pula menghidangkan kepada khalayak satu pangalaman yang baru, dimana pengarang membuat percubaan meneroka alam igauan. Bagi novel keempatnya Tawassul, Isa Kamari membawa khalayak beredar dari konteks dan latar tempatan, iaitu latar yang ada kaitannya dengan Singapura, kepada latar yang agak asing, yang digambarkan sebagai suatu kawasan pedalaman, jauh dari tamadun dunia.
Individualisme

      Individualisme dapat dikesan melalui empat kriteria iaitu daripada sudut stail individu, rekacipta individu, kedirian individu dan tindakan individu.

Stail Iindividu

      Stail individu banyak merujuk kepada aspek bahasa yang digunakan oleh pengarang. Dari sudut stail individu, Isa Kamari banyak menggunakan
kekata yang mempunyai unsur-unsur keagamaan dan bercorak puitis dalam novel-novel yang dihasilkannya. Petikan-petikan dari kitab such Al-Quran banyak terdapat dalam keempat-empat novel yang telah beliau hasilkan sejauh ini. Bahasa-bahasa puitis pula dapat dikesan dengan jelas dalam novel Kiswah dan Menara. Inilah stail individu Isa Kamari.

 Rekacipta Individu

      Jika stail individu merujuk kepada aspek bahasa yang digunakan oleh pengarang, rekacipta individu merujuk kepada teknik, metode dan mekanisme penciptaan pengarang. Cara pengarang menyusun teksnya akan menggambarkan keperibadiannya. Salah satu ciri keperibadian Isa Kamari yang dapat dikesan melalui keempat-empat novel beliau ialah kecenderungan dan keprihatinan beliau dalam membahagi-bahagikan cerita kepada bab-bab tertentu.

      Dalam novel Satu Bumi,
tajuk-tajuk yang dipilih untuk bab-bab tertentu kebanyakannya bertemakan bumi dan alam. Tajuk yang diberikan bagi bab-bab tersebut mengandungi satu perkataan seperti Pusara, Bumi, Sungai, Belantara dan Fajar. Beralih kepada novel Kiswah pula, pemilihan tajuk bagi bab-bab tertentu berbentuk frasa seperti  Mata Hijau, Kelambu Hitam, Fajar Kelam, Baju Kurung dan Jejak Ketakutan. Berbeza dengan novel Satu Bumi dan Kiswah, novel Menara mengandungi hanya 1 bab utama, iaitu bab yang berjudul Cakaran Igauan. Akhir sekali, pemilihan tajuk untuk bab-bab dalam novel Tawassul bertemakan nama watak-watak novel tersebut seperti Syan, Hasyr, Anisa, Nutib, Hijaz dan Hira.

      Ciri keperibadian Isa Kamari yang cenderung dan berminat dalam bidang kejuruteraan dan seni bina juga dapat dikesan dalam keempat-empat novel yang telah beliau hasilkan. Di antara watak-watak yang beliau tampilkan termasuk watak jurutera dan arkitek. Dari segi latar tempat pula,
bangunan-bangunan seperti surau, monumen, pencakar langit dan rumah parit Orang Imorot yang mempunyai nilai seni bina yang tinggi dan menarik dijadikan latar untuk ceritanya.

Kedirian Individu

      Kedirian individu mengidentifikasikan watak pengarang. Setiap penulis itu mempunyai ciri dan sifat watak yang tersendiri dan cara membinanya pun tersendiri juga (Mana Sikana, 2002: 295). Dalam novel-novel Isa Kamari, beliau tidak menggunakan sudut pandangan orang pertama dalam mengemukakan refleksi pengalaman yang dialaminya sendiri. Sebaliknya, beliau lebih cenderung menggunakan sudut pandangan orang ketiga. Sebagai contoh, pengalaman-pengalaman yang beliau telah lalui semasa berbulan madu di India dan Kashmir dan ketika mengerjakan ibadah haji di tanah suci Mekah dirakamkan melalui watak Iryadi dalam novel Kiswah.

Tindakan Individu

      Tindakan individu memperkatakan cara bagaimana seseorang pengarang itu melakukan tindakan-tindakan dalam penulisannya untuk mengubah pandangan atau pendirian pembaca. Dalam melakukan tindakan-tindakan ini, pengarang memerlukan ilmu, renungan dan keberanian.Bukanlah mudah untuk kita mengubah pandangan negatif ataupun kecurigaan masyarakat terhadap seorang mualaf seperti Swee Mei (Aminah) dalam novel Satu Bumi ataupun terhadap seorang tukang urut seperti Nancy (Nazirah) dalam novel Kiswah. Namun dengan kebijaksanaan dan keberaniannya, serta renungannya yang amat mendalam, Isa Kamari menyindir sesetengah pihak dan cuba mengubah pandangan atau pendirian mereka yang mencurigai dan mempersoalkan keikhlasan orang asing yang menganuti agama Islam. Beliau juga ingin mengubah persepsi kita yang mudah menghormati dan memandang tinggi terhadap seseorang yang berpengaruh, pandai berpidato dan menyampaikan syarahan agama. Sesungguhnya ada di antara mereka ini yang tidak mempraktikkan apa yang mereka lalung-laungkan.

Kesimpulan


      Isa Kamari seorang penulis yang produktif di dalam menghasilkan karya-karya sastera. Sebagai penulis beliau tidak statik dalam pemikiran dan pencernaan idea yang sering dikreatifkan melalui pembacaan dan pengalaman dirinya sendiri mahupun pengalaman yang dikongsi bersama dengan orang lain.

      Seorang penulis yang berani lagi bertanggungjawab di dalam membentangkan dan mewarnai – isu masyarakat, polemik politik sebuah negara yang terpaksa melalui masa-masa kritikal sejarahnya dan hal-hal keagamaan dalam dunia sastera biarpun menjadi tabu kepada sesetengah pihak.

      Kebijaksanaan beliau sebagai seorang penulis dapat dilihat melalui karya yang penuh dengan idea, pengalaman hidup, kepakaran professionalnya yang kukuh dilandaskan pegangan agama. Ini semua dapat dilihat di dalam karya-karya beliau.

      Berdasarkan pendekatan kritikan Teksdealisme serta prinsip analisis, terdapat usaha-usaha pengekalan di dalam novel Satu Bumi dan Kiswah; pengekalan sejarah yang cuba dilihatkan melalui sudut yang berbeza, rakaman peristiwa yang menjadi tabu, kenangan, impian mahupun luka lama yang kini hanya meninggalkan parut duka manakala di dalam novel Tawassul dan Menara, Isa seakan melakukan satu pelanggaran dengan mencetuskan sesuatu yang bernafas baru kepada dunia penulisan novel di Singapura. Dua novel ini memerlukan pembaca bukan sahaja berfikir malahan merenung akan hala tuju peradaban dan kemanusiaan yang sering dijadikan satu cagaran atau pertaruhan di dalam menegakkan pegangan atau kepercayaan dan ketaksuban seseorang akan landasan hidup mereka.  

      Bersandarkan kehidupannya sebagai seorang anak Melayu Jati Singapura, seorang arkitek, pasangan yang pernah berbulan madu di Kashmir, seorang penulis mapan yang masih gigih berkarya di Kota Singa ini biarpun ramai penulis yang seangkatan dengan beliau nampaknya semakin kendur di dalam penghasilan karya ataupun mungkin sudah “menggantungkan pena”.

      Dari sudut keunggulan atau individualisme kepengarangannya, Isa boleh dianggap sebagai seorang penulis yang telah berjaya mengukuhkan lagi keunggulan kepengarangan beliau di Singapura berdasarkan produktifnya beliau berkarya di dalam genre yang pelbagai dan boleh dikatakan belum ada penulis yang dapat menandingi beliau atau memberikan saingan kepada status kepengarangan beliau di Singapura. 

      Di dalam rantau nusantara ini pula, jika dibandingkan dengan penulis-penulis yang masih berkarya, kehadiran beliau sebagai seorang penulis sudah dapat dititikkan di dalam dunia sastera Nusantara namun keunggulan Isa masih belum dapat dititikkan mahupun digarisbawahkan. Semoga ini dapat dijadikan Isa sebagai dorongan untuk beliau terus berkarya kerana Singapura masih menanti kehadiran sebuah karya agung buat khalayaknya mahupun buat sajian seNusantara. 

National Institute of Education, 2003

Bibliografi

Isa Kamari. 2002. Satu Bumi. Singapura: Pustaka Nasional.

Isa Kamari. 2002. Kiswah. Singapura: Pustaka Nasional.

Isa Kamari. 2002. Menara. Singapura: Pustaka Nasional.

Isa Kamari. 2002. Tawassul. Singapura: Pustaka Nasional.

Mana Sikana. 1998. Teori dan Pendekatan Kritikan Sastera Moden.
Shah Alam: Fajar Bakti.

Mana Sikana, 2002. Jejak Sastera Melayu Moden ke Pascamoden.
Singapura: EDN Media.

Muhamad Ariff Ahmad 1998.Syarifah. Singapura: ASAS 50 & Malaysia Press Sdn. Bhd.

Payne, Michael. 1993. Reading Theory: An Introduction to Lacan, Derrida
 and Kristeva. Oxford: Blackwell Publishers.



Tradisi Keunggulan

Mana Sikana
Membina Tradisi Keunggulan

Dan Strategi Ke Peta Sastera Global

Petikan:

Penulis-penulis Singapura sebenarnya telah mencapai banyak kejayaan, yang dapat dikesan, Isa Kamari, misalnya menghasilkan novel-novel intertekstual dan semiotik yang baik, Anuar Othman memanfaatkan gaya pastis, Ishak Latif dibuktikan menghasilkan cerpen-cerpen berunsur realisme magis, Noor Hasnah Adam begitu memikat dengan teks-teks metahistoriografiknya. Seandainya mereka ini memperolehi kritikan yang sesuai akan melahirkan situasi berkarya yang sempurna di Singapura ini.
Melalui kajian resepsi itu, daripada segi kedudukan (ranking) penulis Singapura menurut bakal-bakal pengkritik itu, ialah  Masuri S.N., Suratman Markasan, Mohamed Latiff Mohamed, Djamal Tukimin, Isa Kamari, A.Ghani Hamid, Nadiputra, Anuar Othman,  Ismail Wardy, Johar Buang, Hadijah Rahmat dan Rasiah Halil…...
Isa Kamari adalah sebuah nama yang penting dalam senarai penulis Singapura mutakhir. Menulis dalam pelbagai genre, tetapi nampaknya yang paling ketara ialah dalam penulisan novel. Antara karya yang telah dihasilkan ialah Satu Bumi, Menara, Kiswah dan Tawassul. Kerajinan dan kesungguhannya ini patut diberi pujian, justeru di tengah ketandusan novel di Singapura ini, kemunculkan Isa Kamari yang begitu dinamik ibarat sebuah hadiah yang besar bagi tradisi kepengarangan di Singapura.
Kiswah sebuah realiti Islamik yang global, meneroka subjek alam seksualiti yang dihubungkan dan dilihat daripada kaca mata Islam. Bacaan resepsi kita akan segera banyak digoda sepanjang pembacaan dan banyak yang memenuhi keinginan ekspektasi dan horisonnya.  Novel ini  menuntut penilaian semula terhadap erti seks dan cinta, hubungan suami isteri, tatasusila masyarakat dan kebenaran agama. Tidak syak lagi persoalan sesuatu yang baru dalam tradisi sastera Singapura.
Dilihat dari sudut psikoanalisis Lacan watak-wataknya bergerak dalam imajan tahap cermin yang belum mengenal dunia dan menjadi pinar dalam menguasai lambang-lambangnya, tidak heran apabila memasuki dunia real mereka menjadi manusia asing, yang sanggup melakukan maksiat dan skizofranik. Kesedaran timbul setelah dirinya lemas dalam arus lautan nafsu kemaksiatan. Selain tema keinsafan, tema kecil yang menguatkan lagi tema besarnya adalah mengenai pengertian individu terhadap seks dan cinta serta hubungan suami isteri dalam kehidupan hari ini. Oleh kerana harta, manusia menjadi alpa dengan kesenangan dan kemewahan yang dikecapi. Ego dan kesombongan seseorang hingga lupa akan kekerdilan seseorang hamba kepada Penciptanya. Novel ini sebuah indeksikal terhadap manusia Melayu yang kehilangan jati dirinya, ia sebuah refleksi yang menyakitkan, tetapi itulah ubat yang ingin Isa Kamari hadiahkan untuk merawat bangsanya.
Dalam  Seminar Kritik Sastera Singapura (2003), yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Pengajian Melayu, Jabatan Bahasa dan Budaya Melayu, Institut Pendidikan Nasional, antara kertas kerja yang mengkaji kepengarangan Isa Kamari, yang lakukan bersama Fahreezan Powsan, Haniza Abdul Manan, Mardiana Abdul Manap, Nur Asyikin Sapri dan Siziyanti Jepto dengan menggunakan teori teksdealisme, mendapati Isa Kamari berupakan novelis Singapura yang telah mencapai separa keunggulannya, dan optimistik bahawa pengarang ini suatu masa nanti akan menjadi kebanggaan Singapura. Kejayaannya ialah kerana Isa Kamari menguasai desire masyarakatnya dan telah menemui realitinya.

Pertemuan Sasterawan Nusantara, S’pura, September 2003

Friday, February 10, 2012

Duka Tuan Bertakhta



Dari blog Sejuta Warna Pelangi
Apa lagi yang boleh dikatakan, melainkan sekalung ucapan tahniah dan ribuan penghargaan buat pengarang novel ini, Duka Tuan Bertakhta. Ilustrasi juga memang menarik. Tahniah Al-Amin Serve. Sebagai orang Melayu dan beragama Islam, saya merasakan ini karya sastera sejarah yang menyentuh jiwa. Ada rasa pedih, ada rasa sayu menyelinap di seluruh jiwa.


Tanyakan pada diri kita sendiri, sebagai orang Melayu, sebagai umat Islam, apakah kita mengulang semula sejarah yang telah tercatat? Siapa di antara kita dengan rela menjadi Munsyi Abdullah seterusnya? Siapa di antara kita beraja di mata, bersultan di hati? Siapa di antara kita di gula-gulakan dan hanyut oleh manis yang seketika? Pecah dan perintah. Siapa di antara kita yang masih membuka ruang? Siapa?


Saudara Isa Kamari adalah penerima S.E.A Write Award daripada Kerajaan Thailand. (Anugerah sama yang ditawarkan kepada Saudari Fatimah Busu tetapi beliau menolaknya. Itu cerita lain, mungkin lain kali boleh saya coretkan di blog ini.) Beliau juga adalah penerima Pingat Budaya Singapura. Sangat bertepatan anugerah itu, kerana karya-karyanya memang banyak menyentuh bukan hanya tentang orang Melayu khusus Melayu Singapura tetapi juga sejarah Singapura.

Sejarah adalah fakta. Saudara Isa bijak mengadun fakta dengan gaya penceritaan naratif menjadikannya sangat menarik. Bermula dengan bait puitis sajak Chairil Anwar berjudul Nisan (Oktober 1942) dan pembukaan novel juga prolog pengkebumian Habib Nuh. Bab demi bab seterusnya membongkar sejarah. Ada yang memang sebagaimana termaktub di dalam buku-buku teks sejarah. Ada yang di luar pengetahuan. Personaliti Habib Nuh dan Stamford Raffles dilukis begitu baik, menunjukkan watak hitam dan watak putih antara keduanya. Watak tiga sahabat karib Ramli, Sudin dan Ajis cepat menangkap ingatan terhadap watak tiga bujang lapuk dalam karya-karya Arwah Tan Sri P. Ramlee. Tiga watak ini sangat popular di Singapura. Persamaan ini jelas dalam dialog antara Marmah dan Wak Cantuk.

Dari blog Melihat Buku:


1. Kata Allahyarham Tan Sri P. Ramlee kekuatan Datuk Laksamana Hang Tuah terletak pada huruf 'ta'.

2. Sebelum membaca isi buku ini, gemarlah pula saya untuk melihat pada kulitnya.

3. Seseorang dengan perhiasan tengkolok emas di atas kepala, terukir huruf G dan alat compass serta set square di atasnya, sedang membuka kaitan pada jahitan bendera Singapura, di mana terdapat makhluk-makhluk aneh yang berusaha masuk dari situ sambil cuba merampas huruf 'T' atau 'ta' pada tulisan TUAN. Sambil di atas batang hidung seseorang yang bertengkolok itu, duduk seorang perempuan.

4. Saya ingin memberikan pujian kepada mereka-mereka yang terlibat dalam penghasilan ilustrasi untuk kulit buku ini. Tahniah. Reka kulit yang tepat menggambarkan keseluruhan novel Duka Tuan Bertakhta ini.

5. Novel terbaru daripada penulis Isa Kamari ini adalah mengenai sejarah kemasukan British ke Singapura pada abad ke-19.

6. Menceritakan sejarah berkenaan tipu muslihat yang dimainkan mereka (penjajah) ke atas penguasa Singapura ketika itu yakni Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman. Sehingga mereka (penjajah) berjaya memerintah Singapura dengan sepenuhnya tanpa upaya daripada Sultan untuk menghalang sebarang apa jua.

7. Saya dapat merasakan kegelisahan Pak Isa terhadap bangsa dan negaranya ketika ini sehingga beliau mengutip semula kisah-kisah sejarah buat dihadapkan kepada masyarakat kini, agar akal dan minda terus terbuka, jangan leka, agar sejarah itu tidak lagi akan berulang. *yang sebenarnya terus berulang dan berulang terus.

8. Bagaimana pemerintah kita yang lebih tamakkan harta dan takhta sehingga sanggup menggadaikan maruah tanah air sendiri serta memperjudikan kehidupan rakyat dibawahnya telah Pak Isa bawakan di dalam tulisannya kali ini. Akibat dari penguasa yang seperti itu, sejarah merakamkan kita telah kehilangan sesuatu yang berharga.

9. Novel ini tebal, saya mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskannya. Tetapi bacaan yang lama itu saya nikmati setiap satu dari babnya sehingga ke titik yang akhir.

10. Di dalam novel ini digariskan tiga punca utama mengapa bangsa Melayu itu menjadi lemah, iaitu:

i) Raja yang bertakhta telah dicengkam nafsu lalu menindas rakyat dengan sewenang-wenangnya.

ii) Agama Islam yang dianuti rakyat jelata hanya tertumpu pada soal-soal kerohanian dan ibadat khusus tanpa imbangan yang setimpal dalam soal-soal muamalat, pemerintahan dan pentadbiran negara.

iii) Fikiran orang Melayu adalah tertutup dalam banyak hal, terutama dalam penimbaan dan penerokaan ilmu duniawi dan ukhrawi. (ms 475-476)

11. Dinyatakan juga ciri-ciri pemimpin yang diperlukan orang Melayu agar bangsa Melayu itu dapat diangkat pada tempat yang sepatutnya ia berada.

"Calon tersebut harus bijak, berilmu, mempunyai kebolehan mengesan kelemahan mereka dan berupaya belajar daripada orang lain untuk menawarkan jalan keluar terhadap masalah yang dihadapi rakyat." (ms 477)

12. Walaupun novel ini berkaitan dengan sejarah Singapura, dan ditulis pula orang penulis Singapura, namun tidak bermaksud ia ditujukan kepada warga Singapura sahaja, bahkan kepada semua bangsa Melayu tidak kira di mana berada, agar jangan mudah lupa tentang sejarah kita yang duka.

13. Berbalik kepada kulit buku, ilustrasi orang bertengkolok itu bolehlah diibaratkan sebagai Sultan Hussein di dalam novel ini. Dan huruf G serta alat compass dan set square pada tengkoloknya melambangkan fikiran serta mindanya telah dipengaruhi oleh diayah Freemason yang dibawa oleh penjajah.

14. Sementara makhluk-makhluk aneh yang cuba masuk setelah ilustrasi Sultan Hussein yang membuka jahitan pada bendera Singapura pula bolehlah digambarkan sebagai pihak penjajah telah berjaya masuk ke dalam Singapura akibat dari perbuatan Sultan Hussein sendiri. Dan percubaan para makhluk aneh itu untuk merampas huruf 'T' atau 'ta' bolehlah dimengertikan sebagai cubaan mereka (penjajah) hendak merampas ketuanan bangsa kita.

15. Dan perempuan yang bertenggek di atas batang hidung Sultan Hussein pula adalah lambang bahawa penglihatan Baginda telah dikaburi oleh perempuan, yang menyebabkan Baginda leka akan tugasnya sebagai ketua negara. Atau sahaja bermaksud segala perintah yang keluar daripada Baginda adalah dipengaruhi oleh perempuan tersebut.

16. Sekali lagi tahniah kepada pereka kulit novel ini, juga kepada Al Ameen sebagai penerbit dan kepada Pak Isa di atas kelahiran karya yang begitu berani dan provokatif ini. Bacalah, untuk menelusuri tentang kedukaan kita yang bertakhta, yang masih bertakhta. Semoga bermanfaat.

Rawa


Ah, kebetulan mungkin, saya kemudian membeli novel Rawa yang ditulis oleh Isa Kamari. Seorang Melayu yang tinggal di Singapura. Kita boleh merasai sendiri, rasa pedih kehilangan sesuatu yang kita sayang, yang membuluh dalam darah diambil orang. Kerana silap sendiri, kerana serakah penguasa.
Dari blog: Wadi Kita
Novel ini mengisahkan cerita seorang Rawa. Rawa anak Jati. Rawa anak Pungut. Rawa orang Seletar. Kaum asli Melayu. Ya, aku fikir begitulah. Sebab penulis menggambarkan Rawa sebagai tanah dan Rawa sebagai air. Ish..susah mahu terangkan, sebab aku bukan seorang penulis cerita klasik. Kagum dengan penulis. Tak tahu dari mana beliau dapat ilham sebegitu.

Novel Isa Kamari ini buat aku sayang untuk menghabiskannya dan dalam masa sama tidak sabar untuk merungkai misteri jalan cerita yang dicipta penulis. Tetapi, hmm..Isa Kamari mengakhiri cerita novel ini dengan tanda tanya yang tidak berjawab. Aku fikir penulis ingin menulis novel siri kedua pula selepas ini. Ya, aku harap. Aku mahu tahu jawapan kepada persoalan yang penulis gantungkan di akhir cerita. Novel yang bagus, berkualiti dan menginsafkan kamu kepada susur galur diri. Asal-asal diri. Firasat. Back to basic.
Dari blog: Parasitblog
Novel in berkisar tentang kisah kehidupan Rawa sebagai orang Seletar yang dibelenggu kisah silam dan sejarah lalu. Kisahnya ditulis di dalam dua plot yang berselang-seli dengan kehidupan lampau dan kehidupan moden zaman kini. Bahasanya ringkas, penulisannya padat, namun demikian terselit di dalamnya simbol cinta yang kukuh. Cinta pemuda kepada asal-usulnya (Rawa dan kaum Seletar), Cinta suami kepada isterinya (Rawa-Temah & Lamit-Kuntum), Cinta datuk kepada cucunya (Rawa dan Hassan), Cinta antara sahabat (Rawa dan Ayong) dan Cinta antara dua negara (Malaysia dan Singapura). Pulau Batu Puteh yang menjadi rebutan dua negara jiran itu juga dirumuskan secara simbolik di dalam novel ini. Pulau itu juga menyingkap satu rahsia, yang hanya diketahui Rawa. Dan Rawa jugalah jawapan kepada setiap persoalan. Rawa adalah rebutan, bak Pedra Branca yang mencetus pergolakan. Terlalu banyak fakta sejarah menarik di dalam novel ini. Selamat membaca!
Dari blog: The Survival of Life


Pintu


Buku ini memuatkan tiga buah drama Isa Kamari
Isa Kamari iaitu “Sidang Burung”, “Pintu” dan “Restoran.” Dua drama yang terkahir merupakan karya asli beliau, sementara drama yang pertama, seperti yang dicatat oleh pengarang, merupakan adaptasi daripada karya klasik Fariduddin Attar, Mantiq Utthair atau ‘Musyawarah Burung.’ Dalam drama “Sidang Burung” yang melepaskan imaginasi kanak-kanak untuk mencipta wujud heroik masa depannya, drama ini turut dianyam dengan kelincahan teknik yang agak surreal yang sesuai dengan kembara minda imaginatif dunia kanak-kanak
Terdapat beberapa unsur yang agak surreal juga di dalam drama  “Pintu”. Ini antara lain adalah cerita tentang manusia sebuah kota, manusia yang telah dilumpuhkan dan dikuasai. Dalam drama seperti ini yang berusaha lari daripada kaedah konvensional, penulis kurang mementingkan plot yang berpaksi pada  hukum kausaliti atau sebab-akibat. Isa Kamari juga mengindahkan skripnya dengan penampilan  lagu, puisi dan narrator.
Sementara drama “Restoran” bukan sahaja membicarakan salah satu keperluan asas manusia, tetapi bagaimana di kota yang maju, canggih dan dianggap berbudaya, ada dimensi kemanusiaan yang tidak dapat diselesaikan oleh elemen pascamoden dan robotik.
Penerbitan buku drama ini bukan sahaja menambah kepustakaan drama Melayu Singapura, malah drama Melayu umumnya.
SN Dato’ Dr Anwar Ridhwan


PINTU - This debut play from Isa Kamari shows plenty of promise, with the novelist and poet integrating many lyrical moments into an engaging, if at times esoteric play. Incantation serves as a particularly effective linguistic technique here. The title of the play for door, and the motif of doors - cramped complicated pathways leading towards all manner of things - recur in several interesting ways.
- Straits Times, 28 Dec 2006

“Pintu” karya Isa Kamari, sebuah teks drama mutakhir yang mendapat sambutan sewaktu dipentaskan. Terlihat ia sebagai sebuah teks semiotik yang idealistik. Pintu bagaikan sebuah indeksikal kehidupan yang memasuki dunia real yang pelbagai makna dan signifikasinya. Kombinasi teks dengan unsur moden dan pascamoden, realiti dengan magisnya dan permainan bawah sedar, yang menjadikan drama ini sebuah eksprimental yang berjaya di tangan seorang dramatis yang faham dalam idiom kepengarangannya. Di tangan narator ada suara dialogisme pengarang yang secara implisit menyuarakan permasalahan kemelayuan. 1970an Melayu melarat, 1980an Melayu simpang siur, 1990an Melayu gaduh sama sendiri, 2000an Melayu tersesat masuk JI, dan begitulah Melayu hilang identiti, membazir dan tiada arah. Idealisme drama ini menjadikan pintu pembuka fikir, tikamannya tajam tetapi tidak melukakan dan tikaman itu diperlukan kerana ia bakal menyembuhkan. - Mana Sikana


Straits Times
28 December 2006
Door leads to promising debut
by Hong Xinyi

This debut play from Isa Kamari shows plenty of promise, with the novelist and poet integrating many lyrical moments into an engaging, if at times esoteric play.
Incantation serves as a particularly effective linguistic technique here. The title of the play for door, and the motif of doors - cramped complicated pathways leading towards all manner of things - recur in several interesting ways.

For example, a yuppie played by Saiful Amri Ahmad Elahi, recites repeatedly for the audience the process of his daily routine commute. He waits for the bus, a door opens; he taps his EZlink card at the MRT gantry, a door opens; he boards the train, a door opens. These perfectly mundane moments coalesce into the dull, mutely horrific substance of a modern urban life, a series of mechanical actions leading towards a black hole without meaning.

Not all the vignettes woven into this play worked. Some, like the sub-plot involving an affair between a young woman and a religious cleric seemed oddly inconsequential, although M Saffri A Manaf delivered a solid, fiery performance as the latter. Actor Erwandy Bernama also impressed with his subtle performace as a young man detained under suspicion of terrorist sympathies.

By and large, however, director Sani Hussin shaped a production that was oddly cheering, like a dream-like fairytale that stops just shy of going into full-blast nihilism mode. The issues that whizzed by in the play were no means light-weight - the definition of community success, and the often problematic entanglemant between overlapping definitions of religion and politics.

But steering clear of vitriol and pessimism, the play instead uses a 1950s pop song Buka Pintu (Malay for Open The Door) as its musical chorus: "Open the door, open the door/ There's a dog barking/ Open the door, open the door/ It's raining and I'm getting wet".
The ensemble cast sings these lines with a desperately cheerful tone, like the ragged end of an absurd musical, where instead of the big finish you get a growing realisation that nobody knows where all this is leading to.

TODAY

TEATER Ekamatra’s Pintu — titled after the Malay word for “door” — started out with a rich and potentially controversial premise but ended up being only a tepid, conceptual exercise.

Situated at the heart of ambivalences about the Malay identity and its religious politics, the play — which was performed at the Playden at The Arts House last Thursday to Saturday — was made up of potentially intriguing vignettes about literal and symbolic doorways.

In one story, a white-collar executive walks through the same doors every day, presenting a common semblance of urban banality that is disrupted when he is shown to be linked to the same terrorist group asa man on death row. At the same time, his wife is sleeping with a religious leader obsessed with building a bigger front door for his mosque, so that worshippers may take a better look at him during prayer sessions.

The door was a metaphor for a longing for religious revelation that never comes or for a quest for existential fulfillment that is ultimately futile.

The play strived to portray the hypocrisies and self-delusions that accompany the attempt to become something larger than yourself at the expense of empathy and compassion. This truth can be a locked door, as one of the characters pointed out.

In the end, however, the stories in the play failed to have an emotional impact owing to a lack of elaboration on the part of Isa Kamari’s script.

The touch-and-go feel of the narratives could also be a bad theatre trend passed down from many a past production by The Necessary Stage, since many of Ekamatra’s playwrights mentored with TNS.

However, the actors tried their best to indulge in the gravitas of their brief scenes, with mixed results.

Audiences might have connected better with the messages and implications of the performance if the narratives in the play had been drawn out further, with stronger links made between the colourful characters.