MUHD RAFI BIN ABU BAKAR & MUHD RAZALI BIN JANTAN
Novel Isa Kamari: Satu Analisis Teksdealisme
Pendahuluan
Dalam membincangkan dan menghuraikan pencapaian indivualisme Isa Kamari, teori kritikan sastera yang telah kami gunakan ialah teori sastera teksdealisme. Empat buah novel Isa Kamari, iaitu Satu Bumi (1998/2002), Kiswah (2002), Tawassul (2002) dan Menara (2002) merupakan novel-novel yang telah dipilih untuk dijadikan bahan kajian dan rujukan. Walaupun soalan ini memerlukan kami untuk menghuraikan pencapaian individualisme Isa Kamari, adalah dirasakan perlu bagi kami untuk membincangkan serba sedikit tentang teori teksdealisme dan tiga prinsip lain yang terangkum dalam teori teksdealisme ini, iaitu kehadiran, pelanggaran dan pengukuhan, selain individualisme itu sendiri. Ini adalah kerana ketiga-tiga koda yang awal itu menuju puncaknya kepada individualisme (Mana Sikana, 2002: 290).
Teori Sastera Teksdealisme
Falsafah teori teksdealisme menganjurkan agar setiap pengarang mempunyai hasrat untuk meletakkan teksnya untuk mencapai tahap keunggulan. Dalam usahanya menghasilkan sebuah teks yang unggul, seseorang pengarang itu harus memiliki sifat-sifat keberanian dan kebijaksanaan. Keberanian membawa erti usaha berani pengarang dalam mengemukakan kepada khalayak satu idea dan pemikiran baru. Ia juga merujuk kepada kesediaan pengarang dalam melakukan inovasi dan pembaharuan dalam karya sasteranya. Kebijaksanaan pula merupakan sifat yang mendorong pengarang melakukan pekerjaan teks itu dengan penuh kesedaran dan bergerak dalam landasan keilmuan. Maka itu, pengarang seharusnya sudah memperlengkapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan melalui pembacaan dan pengkajian dalam pelbagai bidang. Teks-teks yang yang dihasilkan tidak akan berjaya untuk sampai ke taraf yang unggul jika sifat-sifat keberanian dan kebijaksanaan tidak dimiliki seseorang pengarang. Sebaliknya, teks-teks yang dihasilkan itu hanya akan bergerak dalam lingkungan tradisinya dan dianggap sebagai teks-teks yang biasa sahaja.
Teori sastera teksdealisme menyediakan 4 prinsip sebagai garis panduan untuk mencapai tahap keunggulan. Keempat-empat prinsip tersebut ialah kehadiran, pelanggaran, pengukuhan dan individualisme. Individualisme pula dapat dikesan melalui empat kriteria iaitu daripada sudut stail individu, rekacipta individu, kedirian individu dan tindakan individu.
Kehadiran
Seorang penulis perlu ada idea dan pengalaman untuk menghasilkan sesuatu karya yang baik dan membentuk jatidiri sebagai seorang penulis. Di dalam hal ini, sumber idea dan sumber pengalaman itu amat penting sekali. Sumber idea tersebut boleh berpunca dalam pelbagai bentuk manakala sumber pengalaman pula boleh disebabkan pengalaman penulis itu sendiri mahupun daripada peristiwa ataupun kejadian yang berlaku sehari-hari. Ini dapat ditimba melalui pembacaan, pengamatan dan juga penceritaan yang berdasarkan pergolakan politik, kegenjotan ekonomi, pergerakan sosial, perkembangan agama dan pembentukan dan pelestarian budaya. Pembaca atau khalayak pula sudah pasti akan tertanya-tanya lantas akan cuba mencari apakah sinonimnya peristiwa yang ditintakan itu. Adakah ianya satu realiti ataupun telah diadun dengan rempah ratus imaginasi kreatif penulis. Di sinilah pembaca akan cuba mencari makna sesebuah teks. “ …pemaknaan sesebuah teks itu berlaku suatu proses apa yang diistilahkan sebagai kehadiran…” ( Mana Sikana, 2003 )
Kehadiran pelbagai unsur di dalam sesebuah teks inilah yang membentuk sesebuah teks. Kehadiran juga dapat dianalisis mengikut tiga bahagian yang merangkumi:
1.Apakah fakta-fakta yang hadir dan di mana sumber kehadirannya ?
2. Bagaimana fakta itu hadir di dalam teks ?
3.Apakah fungsi dan kesan kehadirannya ?
Setelah mengkaji kempat-empat novel Isa Kamari iaitu Satu Bumi ( SB ), Kiswah ( KW ), Menara ( MN ) dan Tawassul ( TS ) dapatlah kita ketahui bahawa setiap satu kehadirannya dicorakkan dengan cara tersendiri. Satu Bumi berdasarkan fakta isu sosio-politik yang bergolak di dalam masyarakat majmuk yang di Singapura. Sesiapa sahaja yang pernah merasai kehidupan kampung di Singapura pasti tidak melupakan “ Kedai Mama” milik India Muslim atau “ Kedai Cina” milik orang Cina yang pasti terdapat disetiap kampung. Sumber kehadirannya pula dapat dilihat melalui rentetan gejolak sejarah sosio-politik Singapura pada akhir tahun 50’an dan awal 60’an. Di sinilah bagaimana bermula dan berakhirnya satu percantuman dua buah negara yang diikuti dengan satu perpisahan, bagaimana satu bangsa majoriti yang secara tiba-tiba menjadi minoriti dan sebaliknya. Kegelisahan masyarakat yang mungkin terasa akan kehilangan akan sesuatu pada ketika itu. Lebih-lebih lagu tentang masa depan yang belum lagi nampak bentuknya.
Kehadiran Satu Bumi ini dikuatkan lagi dengan munculnya watak-watak sejarah yang multi-etnik di dalam novel ini seperti Pak Durhakim yang terpaksa menerima realiti kehidupan yang berubah-ubah baik dari segi emosi mahupun pun fizikal. Aminah seorang anak angkat berketurunan Cina yang sememangnya ketandusan kasih sayang dipaksa mengharungi kehidupan biarpun tanpa kerelaan hatinya. Begitu juga dengan watak-watak dalam novel yang lain yang tidak kurang peranan sejarahnya seperti Rukiah, Malik, Yassir, Tauke Tan, Jati dan Hashim di mana namanya sahaja mencerminkan keakraban yang telah sebati dikalangan orang-orang Melayu sehingga melenyapkan nama Cinanya iaitu Ah Sin.

Melihat kepada fungsi dan kesan novel Satu Bumi ini, dapatlah dirangkumkan sebagai novel yang merakamkan sejarah Singapura, novel yang menyelam pergolakan kemanusiaan yang harus tinggal di dalam suasana kaum yang majmuk dan penakatan yang amat mendesak pada ketika itu, dan apa yang paling menarik adalah novel ini mendapat reaksi yang positif daripada pembaca. Prof.Madya Shaharudin Maaruf (1999) menyifatkan karya ini sebagai “Satu usaha untuk melentur prasangka atau stereotaip yang agak meluas di dalam sastera.” Dan penerbit pertama novel Pustaka Melayu ( 1998 ) ini menyifatkannya sebagai “…kisah yang membedah persoalan hak dan kuasa serta menggali erti kemanusiaan sejati…”
Kiswah pula memaparkan kehadiran fakta yang berbeza. Isu seksualiti dan apa yang paling penting bukan perihal perlakuan seksnya tetapi pertalian seksualiti dengan kesedaran agama. Novel ini memerlukan pembaca bersikap terbuka lagi rasional. Perlu juga diingatkan bahawa novel ini bukan sebuah novel picisan. Sumber yang didapati penulis di dalam hal ini sudah pasti berlegar akan kisah-kisah perhubungan suami isteri yang bersangkutan tentang pergaulan sehari-hari, mungkin juga pengalaman yang dialami, dibaca ataupun didengari penulis. Ini pernah dinyatakan oleh penulis penulis sendiri sewaktu sessi “Bedah Kiswah” anjuran Pustaka Nasional pada tanggal 2 September 2002 di Wisma Indah; di mana penulis menyatakan bahawa melalui pembacaannya akan kes-kes deraan yang berlaku di dalam perhubungan suami isteri di dada-dada akhbar, dia tergerak memaparkan kisah deraan ini kepada masyarakat melalui novel ini.
Novel Kiswah ini dihadirkan melalui watak-watak seperti Nazreen yang bermata hijau. Menjadi pujaan pelajar-pelajar di kampus. Sesiapa sahaja yang terpandang akan Nazreen pasti terpukau dengan kejelitaannya. Nazreen digandingkan dengan watak Iryadi yang merupakan seorang pemimpin pelajar Melayu yang arif tentang agama dan juga watak Nazirah yang merupakan seorang tukang urut yang telah mencorak hidup Iryadi sepenuhnya. Novel ini juga menyingkap kisah-kisah yang dibawa pulang jemaah-jemaah Haji yang pulang dari Makkah yang dikatakan pernah terjadi ke atas wanita-wanita yang dibawa lari dan dijadikan hamba seks. Melihat kepada fungsi dan kesan novel ini, jelas kepada kita setelah meneliti novel ini apa yang jelas adalah keinsafan yang cuba disajikan kepada manusia terutama sekali di dalam hubungan suami-isteri Muslim, tatasusila masyarakat yang menjadi budaya dan menyedarkan manusia akan kebenaran agama.
Di dalam novel Menara, fakta yang jelas sekali adalah mengenai igauan kehidupan manusia di dalam menempuh alaf baru. Di dalam menyambut ketibaan alaf baru tahun 2000, manusia dengan rela melakukan pelbagai kegiatan untuk menyambut ketibaannya. Begitu juga dengan menara di dalam novel ini. Sumber yang jelas sekali dilihat adalah pengalaman penulis sendiri yang merupakan seorang arkitek Melayu di Singapura. Ini dapat dilihat melalui struktur menara yang dicipta di dalam bangunan itu sendiri.
Menara hadir melalui watak-watak Adi seorang arkitek yang berjaya mereka menara yang menjadi mercu tanda, Ana seorang anak yang menjadi mangsa percaturan hidup. Ibu Ana seorang wanita yang terlalu menumpukan kepada kerjayanya sehingga mengabaikan kebajikan serta keselamatan anaknya. Ilham yang bertugas sebagai penjaga bangunan yang menemani Adi mendaki menara dan juga Hijaz yang terkejut bila mendapat tahu dari Adi bahawa dia juga berperanan di dalam mendirikan Menara. Melihat kepada fungsi dan kesan novel Menara ini, melihat bagaimana alam igauan manusia yang beraras-aras diteroka dan juga dapat mengesan serta mengkritik akan pencapaian manusia alaf baru dan menjejaki erti kemnusiaan yang dangkal, rekah & tidak berakar.
Novel Isa Kamari yang terakhir adalah Tawassul. Melihat pada sudut fakta, isu kemanusiaan dan kepercayaan beragama merupakan perkara yang jelas. Setelah meneliti novel ini jelas memperlihatkan sumber kehadirannya yang berkisah pada sejarah awal Islam dan juga pergolakan politik dan kepimpinan di Asia Tengah dan Timur Tengah. Novel ini dihadirkan dengan mengetengahkan pergolakan sejarah dan perkembangan kaum Imorot yang dijejaki melalui buku Pribumi Alam. Bagaimana seorang wanita cuba menjejaki sejarah silam datuknya yang tinggal hanya di dalam sebuah buku. Fungsi dan kesannya pula dapat dilihat melalui usaha manusia di dalam mengimbas dan menelusuri sejarah, kesan perang terhadap tamadun manusia, usaha manusia yang mahu menandingi ciptaan tuhan dengan kaedah pengklonan dan akhirnya membuat manusia menyedari akan kebesaran tuhan.

Pelanggaran
“Pelanggaran adalah konsep yang membawa konsep revolusi di dalam sastera. Penciptaan yang membawa unsur-unsur revolusi di dalam sastera” ( Mana Sikana, 2003 ).Pelanggaran memerlukan nilai pertimbangan di antara proses perubahan dengan sifat-sifat pengekalan.
Pelanggaran dapat didefinisikan sebagai “Proses penciptaan dinamik untuk mencapai pembaharuan dalam berkarya, kaedah untuk mencapai keunggulan.” ( Mana Sikana, 2003 )
Kaedah yang dapat digunakan di dalam menganalisis prinsip pelanggaran ini merangkumi tiga perkara.
1.Apakah aspek pengekalan/ perubahan yang dilakukan pengarang?
2.Bagaimana prinsip pelanggaran itu dilakukan pengarang?
3.Apakah fungsi dan kesan terhadap pelanggaran?
Merujuk kepada novel Satu Bumi, ternyata Isa Kamari berusaha gigih di dalam mengekalkan sejarah yang berligar pada rakaman situasi sejarah yang melibatkan hubungan kaum yang senantiasa berkocak pada ketika itu, bagaimana terjadinya rusuhan kaum yang merubah senario dan hubungan masyarakat multi-etnik Singapura, pergolakan politik Singapura dalam tahun-tahun 50an hinggalah kepada tahun-tahun 60an. Rakaman sejarah bagaimana seorang ahli politik Melayu yang gigih lagi disegani membentuk sebuah negara baru. Kesemuanya ini telah digambarkan di dalam novel ini melalui kehidupan sehari-harian. Di dalam menganalisis bagaimana pelanggaran ini dilakukan, penulis telah membentangkan fakta-fakta sejarah yang tabu mengenai rusuhan kaum, percaturan politik perihal hak dan kuasa sesuatu bangsa itu serta kehidupan yang multi-etnik di kampung-kampung Singapura.
Melihat pada kesan dan fungsi pelanggaran ini pula, novel Satu Bumi ini dapat membangkitkan kesedaran akan pembentukan sejarah dan politik Singapura dan juga novel ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Mandarin. Pengekalan juga dapat dilihat di dalam novel Kiswah. Mungkin ramai yang beranggapan bahawa novel ini adalah sesuatu yang baru di Singapura. Sesuatu yang “panas” lebih-lebih lagi apabila perlakuan seks itu dilukis dengan gambaran kata-kata. Namun kami berpendapat bahawa novel jika berdasarkan perihal seksualiti ini Isa Kamari sebenarnya bukanlah sesuatu yang menggegarkan. Pendapat ini adalah berdasarkan pembacaan serta perbandingan novel Hikayat Faridah Hanum yang diterbitkan pada tahun 20an. Perlu diingatkan akan pengarangnya Syed Sheikh Al-Hadi memang terkenal di dalam bidang Syariah Islam dan merupakan seorang tokoh agama. Sudah pasti penerimaan masyarakat pada zaman itu yang lebih konservatif dan tertutup lebih menggegarkan daripada Kiswah. Novel Syarifah karangan Hj.Muhd.Arif Ahmad ( 1998 ) jika dibandingkan dengan Kiswah lebih dramatik dan eksplisit gambarannya. Ini juga dapat dikaitkan dengan karya-karya A Samad Said biarpun makna tersirat namun gambarannya lebih nyata.
Pengekalan yang dimaksudkan di sini adalah usaha penulis yang bukan baru ternyata sudah ada pengarang-pengarang lain pada masa sebelum ini sudah pun menyentuh perihal seksualiti. Apa yang menjadikan novel Kiswah ini menyerlah adalah penulis memusatkan pembaca pada akidah Islam yang menyentuh akan seksualiti dan pertaliannya dengan kesedaran agama. Inilah keunikan Kiswah
Pengekalan ini selanjutnya diperlihatkan melalui perlakuan yang halal dan haram dalam kehidupan bersuami isteri. Perlunya ada rasa saling memahami di dalam kehiduapan sehari-hari. Penulis juga memaparkan akan ketakwaan dan keiman an yang sering dipermain-mainkan manusia hanya untuk kepentingan diri sendiri biarpun tindakan yang dilakukan atau diambil boleh memudaratkan orang lain.Dari aspek pelanggaran, fungsi dan kesan pengekalan ini dapat dilihat melalui gambaran kesedaran beragama, kisah cinta suami isteri yang harus diasaskan pada rasa hormat menghormati.
Di dalam novel Menara, Isa Kamari didapati telah melakukan satu pelanggaran di dalam penulisan novel di Singapura. Ini adalah berdasarkan teknik penulisan yang menggunakan puisi di dalam penceritaan. Teknik ini masih baru di kalangan penulis Singapura. Isa Juga telah mempelopori alam igauan yang sering dialami manusia baik secara sedar atau tidak sedar. Perihal pelanggaran ini dilakukan Isa dengan memperkenalkan puisi moden di dalam penulisan novel. Biar merupakan dua genre yang berbeza namun Isa dapat mengadunkan puisi tersebut di dalam novel. Di dalam menampilkan perihal manusia yang berada di dalam igauan. Isa dengan pengalamannya telah mengadunkan igauan Adi yang bertingkat-tingkat yang bermula dari kolong hinggalah ke puncak menara. Melihat pada fungsi dan kesan pelanggaran ini jelas penulis berjaya menyerlahkan kesan estetika yang baik tersurat ataupun tersirat dan menjadikannya menarik dan unik.
Merujuk kepada novel Satu Bumi, ternyata Isa Kamari berusaha gigih di dalam mengekalkan sejarah yang berligar pada rakaman situasi sejarah yang melibatkan hubungan kaum yang senantiasa berkocak pada ketika itu, bagaimana terjadinya rusuhan kaum yang merubah senario dan hubungan masyarakat multi-etnik Singapura, pergolakan politik Singapura dalam tahun-tahun 50an hinggalah kepada tahun-tahun 60an. Rakaman sejarah bagaimana seorang ahli politik Melayu yang gigih lagi disegani membentuk sebuah negara baru. Kesemuanya ini telah digambarkan di dalam novel ini melalui kehidupan sehari-harian. Di dalam menganalisis bagaimana pelanggaran ini dilakukan, penulis telah membentangkan fakta-fakta sejarah yang tabu mengenai rusuhan kaum, percaturan politik perihal hak dan kuasa sesuatu bangsa itu serta kehidupan yang multi-etnik di kampung-kampung Singapura.
Melihat pada kesan dan fungsi pelanggaran ini pula, novel Satu Bumi ini dapat membangkitkan kesedaran akan pembentukan sejarah dan politik Singapura dan juga novel ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Mandarin. Pengekalan juga dapat dilihat di dalam novel Kiswah. Mungkin ramai yang beranggapan bahawa novel ini adalah sesuatu yang baru di Singapura. Sesuatu yang “panas” lebih-lebih lagi apabila perlakuan seks itu dilukis dengan gambaran kata-kata. Namun kami berpendapat bahawa novel jika berdasarkan perihal seksualiti ini Isa Kamari sebenarnya bukanlah sesuatu yang menggegarkan. Pendapat ini adalah berdasarkan pembacaan serta perbandingan novel Hikayat Faridah Hanum yang diterbitkan pada tahun 20an. Perlu diingatkan akan pengarangnya Syed Sheikh Al-Hadi memang terkenal di dalam bidang Syariah Islam dan merupakan seorang tokoh agama. Sudah pasti penerimaan masyarakat pada zaman itu yang lebih konservatif dan tertutup lebih menggegarkan daripada Kiswah. Novel Syarifah karangan Hj.Muhd.Arif Ahmad ( 1998 ) jika dibandingkan dengan Kiswah lebih dramatik dan eksplisit gambarannya. Ini juga dapat dikaitkan dengan karya-karya A Samad Said biarpun makna tersirat namun gambarannya lebih nyata.
Pengekalan yang dimaksudkan di sini adalah usaha penulis yang bukan baru ternyata sudah ada pengarang-pengarang lain pada masa sebelum ini sudah pun menyentuh perihal seksualiti. Apa yang menjadikan novel Kiswah ini menyerlah adalah penulis memusatkan pembaca pada akidah Islam yang menyentuh akan seksualiti dan pertaliannya dengan kesedaran agama. Inilah keunikan Kiswah
Pengekalan ini selanjutnya diperlihatkan melalui perlakuan yang halal dan haram dalam kehidupan bersuami isteri. Perlunya ada rasa saling memahami di dalam kehiduapan sehari-hari. Penulis juga memaparkan akan ketakwaan dan k
Di dalam novel Menara, Isa Kamari didapati telah melakukan satu pelanggaran di dalam penulisan novel di Singapura. Ini adalah berdasarkan teknik penulisan yang menggunakan puisi di dalam penceritaan. Teknik ini masih baru di kalangan penulis Singapura. Isa Juga telah mempelopori alam igauan yang sering dialami manusia baik secara sedar atau tidak sedar. Perihal pelanggaran ini dilakukan Isa dengan memperkenalkan puisi moden di dalam penulisan novel. Biar merupakan dua genre yang berbeza namun Isa dapat mengadunkan puisi tersebut di dalam novel. Di dalam menampilkan perihal manusia yang berada di dalam igauan. Isa dengan pengalamannya telah mengadunkan igauan Adi yang bertingkat-tingkat yang bermula dari kolong hinggalah ke puncak menara. Melihat pada fungsi dan kesan pelanggaran ini jelas penulis berjaya menyerlahkan kesan estetika yang baik tersurat ataupun tersirat dan menjadikannya menarik dan unik.
Di dalam novel Tawassul, Isa dilihat sekali lagi melakukan pelanggaran berdasarkan fakta yang terdapat pada sejarah, perihal kepimpinan kaum, pegangan agama dan pertalian kekeluargaan. Di dalam hal ini secara kreatif nama, watak, latar dan isu di dalam novel cuba dicernakan dalam bentuk yang berbeza. Jika William Shakespeare dikatakan melakukan defamiliarisasi akan mitos Yunani dan Rum ke dalam karya-karya agungnya, maka terdapat semacam satu usaha awal untuk mengubah nama-nama asal berlandaskan poetic license yang ada pada sejarah awal Islam di Kota Makkah semasa zaman Jahiliyah sebagai satu percubaan awal penulisan novel dalam bentuk baru.
Fungsi dan kesan pelanggaran ini pasti dapat membuat manusia berfikir akan fungsi sejarah dalam kehidupan manusia serta nilai kehidupan dan keajaiban yang pernah, sedang dan akan dihadapi manusia sejagat. Lebih-lebih lagi dengan bantuan kemajuan di dalam bidang bioteknologi yang membolehkan usaha pengklonan dilakukan secara sewenang-wenangnya.

Pengukuhan
Pengukuhan membawa maksud usaha pendewasaan pengarang untuk menghasilkan teks yang unggul. Dalam usahanya menghasilkan karya sastera, seseorang pengarang akan berikhtiar untuk memperbaiki dan menyempurnakan teks yang dihasilkannya itu agar ia menjadi lebih baik dan lebih sempurna daripada teks-teks yang telah dihasilkan sebelumnya. Keempat-empat novel yang dihasilkan oleh Isa Kamari jelas menunjukkan bahawa beliau telah berusaha ke arah memperbaiki dan menyempurnakan teks-teks yang dihasilkannya itu. Edisi kedua novel pertamanya Satu Bumi yang dicetak pada tahun 2002 bertujuan untuk membuat beberapa pertukaran dalam catatan sejarah bagi menguatkan cerita dan menghindari salah tafsiran dan kekeliruan yang terdapat dalam edisi pertama yang telah dicetak dalam tahun 1998.
Novel keduanya, Kiswah, yang dihasilkan dalam tahun 2002, jika dibandingkan dengan novel Satu Bumi, mempunyai gaya bahasa yang lebih indah dan puitis, lantas mempunyai nilai estetika yang tinggi. Novel ketiganya Menara pula menghidangkan kepada khalayak satu pangalaman yang baru, dimana pengarang membuat percubaan meneroka alam igauan. Bagi novel keempatnya Tawassul, Isa Kamari membawa khalayak beredar dari konteks dan latar tempatan, iaitu latar yang ada kaitannya dengan Singapura, kepada latar yang agak asing, yang digambarkan sebagai suatu kawasan pedalaman, jauh dari tamadun dunia.
Individualisme
Individualisme dapat dikesan melalui empat kriteria iaitu daripada sudut stail individu, rekacipta individu, kedirian individu dan tindakan individu.
Stail Iindividu
Stail individu banyak merujuk kepada aspek bahasa yang digunakan oleh pengarang. Dari sudut stail individu, Isa Kamari banyak menggunakan kekata yang mempunyai unsur-unsur keagamaan dan bercorak puitis dalam novel-novel yang dihasilkannya. Petikan-petikan dari kitab such Al-Quran banyak terdapat dalam keempat-empat novel yang telah beliau hasilkan sejauh ini. Bahasa-bahasa puitis pula dapat dikesan dengan jelas dalam novel Kiswah dan Menara. Inilah stail individu Isa Kamari.
Rekacipta Individu
Jika stail individu merujuk kepada aspek bahasa yang digunakan oleh pengarang, rekacipta individu merujuk kepada teknik, metode dan mekanisme penciptaan pengarang. Cara pengarang menyusun teksnya akan menggambarkan keperibadiannya. Salah satu ciri keperibadian Isa Kamari yang dapat dikesan melalui keempat-empat novel beliau ialah kecenderungan dan keprihatinan beliau dalam membahagi-bahagikan cerita kepada bab-bab tertentu.
Dalam novel Satu Bumi, tajuk-tajuk yang dipilih untuk bab-bab tertentu kebanyakannya bertemakan bumi dan alam. Tajuk yang diberikan bagi bab-bab tersebut mengandungi satu perkataan seperti Pusara, Bumi, Sungai, Belantara dan Fajar. Beralih kepada novel Kiswah pula, pemilihan tajuk bagi bab-bab tertentu berbentuk frasa seperti Mata Hijau, Kelambu Hitam, Fajar Kelam, Baju Kurung dan Jejak Ketakutan. Berbeza dengan novel Satu Bumi dan Kiswah, novel Menara mengandungi hanya 1 bab utama, iaitu bab yang berjudul Cakaran Igauan. Akhir sekali, pemilihan tajuk untuk bab-bab dalam novel Tawassul bertemakan nama watak-watak novel tersebut seperti Syan, Hasyr, Anisa, Nutib, Hijaz dan Hira.
Ciri keperibadian Isa Kamari yang cenderung dan berminat dalam bidang kejuruteraan dan seni bina juga dapat dikesan dalam keempat-empat novel yang telah beliau hasilkan. Di antara watak-watak yang beliau tampilkan termasuk watak jurutera dan arkitek. Dari segi latar tempat pula, bangunan-bangunan seperti surau, monumen, pencakar langit dan rumah parit Orang Imorot yang mempunyai nilai seni bina yang tinggi dan menarik dijadikan latar untuk ceritanya.
Kedirian Individu
Kedirian individu mengidentifikasikan watak pengarang. Setiap penulis itu mempunyai ciri dan sifat watak yang tersendiri dan cara membinanya pun tersendiri juga (Mana Sikana, 2002: 295). Dalam novel-novel Isa Kamari, beliau tidak menggunakan sudut pandangan orang pertama dalam mengemukakan refleksi pengalaman yang dialaminya sendiri. Sebaliknya, beliau lebih cenderung menggunakan sudut pandangan orang ketiga. Sebagai contoh, pengalaman-pengalaman yang beliau telah lalui semasa berbulan madu di India dan Kashmir dan ketika mengerjakan ibadah haji di tanah suci Mekah dirakamkan melalui watak Iryadi dalam novel Kiswah.
Tindakan Individu
Tindakan individu memperkatakan cara bagaimana seseorang pengarang itu melakukan tindakan-tindakan dalam penulisannya untuk mengubah pandangan atau pendirian pembaca. Dalam melakukan tindakan-tindakan ini, pengarang memerlukan ilmu, renungan dan keberanian.Bukanlah mudah untuk kita mengubah pandangan negatif ataupun kecurigaan masyarakat terhadap seorang mualaf seperti Swee Mei (Aminah) dalam novel Satu Bumi ataupun terhadap seorang tukang urut seperti Nancy (Nazirah) dalam novel Kiswah. Namun dengan kebijaksanaan dan keberaniannya, serta renungannya yang amat mendalam, Isa Kamari menyindir sesetengah pihak dan cuba mengubah pandangan atau pendirian mereka yang mencurigai dan mempersoalkan keikhlasan orang asing yang menganuti agama Islam. Beliau juga ingin mengubah persepsi kita yang mudah menghormati dan memandang tinggi terhadap seseorang yang berpengaruh, pandai berpidato dan menyampaikan syarahan agama. Sesungguhnya ada di antara mereka ini yang tidak mempraktikkan apa yang mereka lalung-laungkan.
Kesimpulan
Isa Kamari seorang penulis yang produktif di dalam menghasilkan karya-karya sastera. Sebagai penulis beliau tidak statik dalam pemikiran dan pencernaan idea yang sering dikreatifkan melalui pembacaan dan pengalaman dirinya sendiri mahupun pengalaman yang dikongsi bersama dengan orang lain.
Seorang penulis yang berani lagi bertanggungjawab di dalam membentangkan dan mewarnai – isu masyarakat, polemik politik sebuah negara yang terpaksa melalui masa-masa kritikal sejarahnya dan hal-hal keagamaan dalam dunia sastera biarpun menjadi tabu kepada sesetengah pihak.
Kebijaksanaan beliau sebagai seorang penulis dapat dilihat melalui karya yang penuh dengan idea, pengalaman hidup, kepakaran professionalnya yang kukuh dilandaskan pegangan agama. Ini semua dapat dilihat di dalam karya-karya beliau.
Berdasarkan pendekatan kritikan Teksdealisme serta prinsip analisis, terdapat usaha-usaha pengekalan di dalam novel Satu Bumi dan Kiswah; pengekalan sejarah yang cuba dilihatkan melalui sudut yang berbeza, rakaman peristiwa yang menjadi tabu, kenangan, impian mahupun luka lama yang kini hanya meninggalkan parut duka manakala di dalam novel Tawassul dan Menara, Isa seakan melakukan satu pelanggaran dengan mencetuskan sesuatu yang bernafas baru kepada dunia penulisan novel di Singapura. Dua novel ini memerlukan pembaca bukan sahaja berfikir malahan merenung akan hala tuju peradaban dan kemanusiaan yang sering dijadikan satu cagaran atau pertaruhan di dalam menegakkan pegangan atau kepercayaan dan ketaksuban seseorang akan landasan hidup mereka.
Bersandarkan kehidupannya sebagai seorang anak Melayu Jati Singapura, seorang arkitek, pasangan yang pernah berbulan madu di Kashmir, seorang penulis mapan yang masih gigih berkarya di Kota Singa ini biarpun ramai penulis yang seangkatan dengan beliau nampaknya semakin kendur di dalam penghasilan karya ataupun mungkin sudah “menggantungkan pena”.
Dari sudut keunggulan atau individualisme kepengarangannya, Isa boleh dianggap sebagai seorang penulis yang telah berjaya mengukuhkan lagi keunggulan kepengarangan beliau di Singapura berdasarkan produktifnya beliau berkarya di dalam genre yang pelbagai dan boleh dikatakan belum ada penulis yang dapat menandingi beliau atau memberikan saingan kepada status kepengarangan beliau di Singapura.
Di dalam rantau nusantara ini pula, jika dibandingkan dengan penulis-penulis yang masih berkarya, kehadiran beliau sebagai seorang penulis sudah dapat dititikkan di dalam dunia sastera Nusantara namun keunggulan Isa masih belum dapat dititikkan mahupun digarisbawahkan. Semoga ini dapat dijadikan Isa sebagai dorongan untuk beliau terus berkarya kerana Singapura masih menanti kehadiran sebuah karya agung buat khalayaknya mahupun buat sajian seNusantara.
National Institute of Education, 2003
Bibliografi
Isa Kamari. 2002. Satu Bumi. Singapura: Pustaka Nasional.
Isa Kamari. 2002. Kiswah. Singapura: Pustaka Nasional.
Isa Kamari. 2002. Menara. Singapura: Pustaka Nasional.
Isa Kamari. 2002. Tawassul. Singapura: Pustaka Nasional.
Mana Sikana. 1998. Teori dan Pendekatan Kritikan Sastera Moden.
Shah Alam: Fajar Bakti.
Shah Alam: Fajar Bakti.
Mana Sikana, 2002. Jejak Sastera Melayu Moden ke Pascamoden.
Singapura: EDN Media.
Singapura: EDN Media.
Muhamad Ariff Ahmad 1998.Syarifah. Singapura: ASAS 50 & Malaysia Press Sdn. Bhd.
Payne, Michael. 1993. Reading Theory: An Introduction to Lacan, Derrida
and Kristeva. Oxford: Blackwell Publishers.
No comments:
Post a Comment