Friday, February 10, 2012

Rawa


Ah, kebetulan mungkin, saya kemudian membeli novel Rawa yang ditulis oleh Isa Kamari. Seorang Melayu yang tinggal di Singapura. Kita boleh merasai sendiri, rasa pedih kehilangan sesuatu yang kita sayang, yang membuluh dalam darah diambil orang. Kerana silap sendiri, kerana serakah penguasa.
Dari blog: Wadi Kita
Novel ini mengisahkan cerita seorang Rawa. Rawa anak Jati. Rawa anak Pungut. Rawa orang Seletar. Kaum asli Melayu. Ya, aku fikir begitulah. Sebab penulis menggambarkan Rawa sebagai tanah dan Rawa sebagai air. Ish..susah mahu terangkan, sebab aku bukan seorang penulis cerita klasik. Kagum dengan penulis. Tak tahu dari mana beliau dapat ilham sebegitu.

Novel Isa Kamari ini buat aku sayang untuk menghabiskannya dan dalam masa sama tidak sabar untuk merungkai misteri jalan cerita yang dicipta penulis. Tetapi, hmm..Isa Kamari mengakhiri cerita novel ini dengan tanda tanya yang tidak berjawab. Aku fikir penulis ingin menulis novel siri kedua pula selepas ini. Ya, aku harap. Aku mahu tahu jawapan kepada persoalan yang penulis gantungkan di akhir cerita. Novel yang bagus, berkualiti dan menginsafkan kamu kepada susur galur diri. Asal-asal diri. Firasat. Back to basic.
Dari blog: Parasitblog
Novel in berkisar tentang kisah kehidupan Rawa sebagai orang Seletar yang dibelenggu kisah silam dan sejarah lalu. Kisahnya ditulis di dalam dua plot yang berselang-seli dengan kehidupan lampau dan kehidupan moden zaman kini. Bahasanya ringkas, penulisannya padat, namun demikian terselit di dalamnya simbol cinta yang kukuh. Cinta pemuda kepada asal-usulnya (Rawa dan kaum Seletar), Cinta suami kepada isterinya (Rawa-Temah & Lamit-Kuntum), Cinta datuk kepada cucunya (Rawa dan Hassan), Cinta antara sahabat (Rawa dan Ayong) dan Cinta antara dua negara (Malaysia dan Singapura). Pulau Batu Puteh yang menjadi rebutan dua negara jiran itu juga dirumuskan secara simbolik di dalam novel ini. Pulau itu juga menyingkap satu rahsia, yang hanya diketahui Rawa. Dan Rawa jugalah jawapan kepada setiap persoalan. Rawa adalah rebutan, bak Pedra Branca yang mencetus pergolakan. Terlalu banyak fakta sejarah menarik di dalam novel ini. Selamat membaca!
Dari blog: The Survival of Life


No comments:

Post a Comment